F.Y.I
The name is azimSYAHMI.I was born on 02 aug 1992.I'm from Malaysia, a small country in jitra,kedah. I'm a Muslim,I love my religion. I absolutely love photoshoot! Music, I listen to everything(litterally). I am one like no other! A Random, day dreaming, feminin sided guy with a lot to prove! I love meeting new people, even though I might get shy sometimes with the first impressions and stuff. I try to present myself with full honesty. I care what other people thing. I don't believe in personality. I believe that everyone is what they are because they're use to doing it, like a habit. Its your choice of actions that make up your image. Not your "born personality"; you can act whoever you want. My family is the greatest inspiration in my life and I love em to death, my friends keep me going and they show me that there are others like me - I need these people till the end and I'll care for them till my last heart beat.I Love everything that has to do with Art! You could say that im a very visual person. I'm a simple and open minded guy with a scorch for self development.during my leisure time I like to photoshoot , listen to the music, and most of all,I enjoy doing something that would benefit me and others. I am very positive. I always see the bright side of things. I try not to worry myself to my downfall. I avoid arguments, violence, and drama. I also try to make myself a better person and I always seek opportunities for my benefit.

Sunday, December 26, 2010

wan HASHIM BIN AHMAD




hari ini mmg aq sedih sngt3lah,
smpai jdi gila la,nnges mcm bdk2 dh
,mna tak nya
dia mmg dh nazak dpn aq,
msa 2 lak aq tgh papah dia,
tapi kuasa Allah,
alhamdulillah dia masih lagi b'nfs.
harini dia msuk hspital
lps tu kena thn dlm wad,
nta bila la dia akn pulih,
so,mari lah sma2 kita doakn ya,
moga2 dia cpt smbuh.
amin..

Tuesday, December 14, 2010

tennis di POLIMAS.






Penglibatan co-curriculum sem 2 adalah diwajib kepada semua student tanpa sebarng pengecualian,sepertimana sem 1,yg mna bnyak student bekas2 ex-pewira n pewirawati iaitu PLKN yg di sediakn kelongaran smada ingin t'libat ataupun tidak.Aq adalah dikalangan orang2 yg t'kecuali t'sebut.Dalam pembicaraan ini, apa yg ingin di cerita kn tentang pnglibatan aq dengan aktiviti co-curriculum sem 2,spertimana yg di arahkn oleh pihak POLIMAS,dlm mmstikan student2 sntiasa cerdas dari segi mental dan fizikal.Setiap individu akn dipilih secara rawak,dengan mematuhi sgala praturan POLIMAS ,aq disandang sebagai seorang ahli kelab Tennis. Dengan keadaan yg selambe aq mngetahui kputusan t'sebut,aq juga bersama seorang rakan skelas iaitu luqman dan beberapa rakan dari kelas yg xdikenali,akhir skali..aq ingtkn kpda diriku sndiri supaya sntiasa mmberi penglibatan yg sepenuhnya dalam dunia tennis.malah tidak sesekali akan ku alpa dlm akademik.

Wednesday, December 1, 2010

pembelajaran baru menjelang tiba



fuhh.. pejam celik,celik pejam dh msuk sem 2 dah.Apa2 pon aku b'syukur sangat terhadap Ilahi kerana aku tak tercalon dalam golongan yang 'carry module',bukan bangga atau nk bermegah - megah,pointer aku pon tk la tinggi sangat pon. And.. aku pun simpati gak kt kwn2 aku yang tercalon 2.sabaq2 la weyh yaw.Wow! satu lagi benda yg paling best ada junior.junior sama umuq.cuma beza kami ngn budak junior ni dah bnyak pngalaman la kt POLIMAS 2,jangan men2, haha..k takat 2 ja adios!

Tuesday, November 16, 2010

Ucapan Selamat Hari Raya Aidil Adha



Assalamualaikum & salam hormat buat semua,
Esok rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha, yang merupakan salah satu hari kebesaran bagi umat Islam seluruh dunia. Pada hari yang cukup penting lagi dipenuhi sejarah ini, seluruh umat Islam bertakbir, bertasbih, bertahmid, dan turut beringat-ingat tentang kisah yang menjadi teladan buat kita semua: bagaimana Nabi Ismail a.s. telah dengan rela hati meminta ayahandanya Nabi Ibrahim a.s. mengikuti perintah Allah s.w.t. agar dia dikorbankan.
Kita semua ingat bagaimana di saat-saat akhir, Allah s.w.t. telah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor biri-biri, yang akhirnya menjadi korban. Tetapi, apa yang harus kita ingat juga ialah pengajaran: betapa peritnya perasaan si bapa, Nabi Ibrahim a.s., yang harus mengetepikan naluri kebapaannya yang terlalu mengasihi anaknya demi mengerjakan perintah Tuhan. Pengorbanan inilah – untuk mengetepikan perasaan sendiri demi sesuatu yang lebih besar dari diri kita sendiri – yang harus kita ingati dan kita amalkan. Subhanallah.
Janganlah kita asyik memikirkan diri sendiri hingga melupakan perintah-perintah Allah untuk berbuat baik sesama kita, untuk menegakkan keadilan dan menentang kebatilan.
Marilah kita mengambil iktibar dari kisah-kisah ini, yang sudah dan yang sedang berlaku. Marilah kita menanamkan semangat, perteguhkan iktikad, dan kembali beringat bahawa negara Malaysia tercinta ini masih boleh kita perbaiki. Tapi ianya akan memakan masa, dipenuhi ranjau sepanjang jalan, dan memerlukan banyak pengorbanan. Kita harus bersabar dengan segala dugaan, berteduh dengan iman akibat setiap kehilangan, dan berpasakkan idealisme perjuangan – barulah kita akan mampu mengecapi kejayaan yang kita impikan.
Akhir kata, kepada muslimin dan muslimat, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Buat rakyat Malaysia amnya, jika ada yang ingin balik kampung, berhati-hati lah di jalan raya.

Thursday, November 11, 2010

penentuan terakhir akhirnya berakhir.



alhamdulilah....
Dalam berbagai rintangan yang dilalui dapat juga aku melafaz rasa lega dan selesa untuk buat apa sahaja apabila final exam sem 1 sesi julai 2010 telah pun berakhir,dengan ini akan aku gunakan cuti semester beberapa minggu ini dengan meluangkan masa lapang dengan berbagai aktiviti mahupun di kota ataupun di desa bersama - sama sesiapapun mahupun keluarga,kawan2,orang dewasa,kanak2,malahan orang kurang upaya turut terserta untuk memenuhkan masa lapang aku,dengan berbagai aktiviti yang mungkin membuatkan suasana menjadi meriah sehinggakan tahap yang paling optimum yang boleh memberangsangkan keseronokkan bagi setiap individu itu sendiri.

Monday, November 1, 2010

flooding in my area



1.11.2010,tarikh bersejarah di kedah apabila segelintir rakyat kedah dilanda banjir dan sebilangan daerah yang tercalon adalah changlun,kubang pasu,pendang,pokok sena,alor setar dan banyak lagi,apa ingin dikongsikan disini adalah di daerah kubang pasu,jitra.













beginilah keadaan di sesetengah kawasan di sekitar jitra yang dapat dikongsikan.
=]

Thursday, October 28, 2010

FIRE BURNING






//28.10.2010, 01:30pm berlakunya peristiwa amat mencemaskan bagi aku pada ketika itu dan memang tidak ku sangka akan jadi sebegini rupa.di mana dalam satu keadaan bahagian dapuq rumah aku t'bakaq dijilat api,awai sekali aku pon tak sangka jadi macam ni pasai aku dok tengah revision engineering science,suddenly,aku degaq bunyi 'praqqpraqq' kat dapuq tu,then aku pi tengok MASYAALLAH....jadi unggun api dapoq rumah aku tquih aku pnggey cik wan la abg yang qalik tu,pa lagi dia mai buat kalut dia,tequih dia sambaq periuk yang ada api n minyak masak tengah panas yang dok tengah menyala  tu nak bawak laqi kuaq qumah,sambil dok bawak laqi tu dah sampai depan pintu dia buka la,paih tu tengok2  pintu grill lak tak bukak tequih dia letak periuk tu depan pintu,aku memang panic gila masa tu,bergegas pulas pi bilik aiq nampak baldi dengan ada aiq sabun terus aku cequk kat periuk tu BOMM!! meletup kowt,mercik minyak panas kat kawasan tu temasuk la kena bahagian kaki aku,melecuq habih.paih tu ada lagi kat dapuq tu,dok tengah t'bakaq lagi cik wan ambik baldi tadi dia pi cequk pulak PPPLLLSSSSS....api terpadam teruih asap berkepul - kepul  menyelebungi rumah aku,lepaih tu selamat la suda n baru la aku taw punca terbakaq tu,kes dia nk masak nugget ja,buh minyak banyak paih tu bukak lak api kuat2 tinggal pi dok on9,maw tak jadi cm tu. jadi nak jadikan ceqita semua ni memang angkara abg aku.memang dia qalik gila,

lepaih pada tu mak aku pesan,kalau jadi lagi,baca doa ni


ALLAHUMMA ANTA ROBBI LAA ILAAHA ILLA ANTA 'ALAIKA TAWAKKALTU WA ANTA ROBBUL'ARSYIL AZHIIM. MAASYAA ALLOOHU KAANA WA MAA LAM YASYALAM YAKUN. LAA HAULAA WALAA QUWWATA ILLA BILLAAHIL'ALIYYIL 'AZHIIM. A'ALAMU ANNALLOOHA 'ALAA KULLI SYAI IN QODIIR. WA ANNAL
maksudnya :
“ Ya Allah Engkau Tuhanku tiada Tuhan selain Engkau, kepada Engkau aku berserah diri, Engkaulah Tuhan 'Arsyi yang agung, apa yang dikehendaki Allah terjadilah dan apa yang tidak dikehendaki oleh Allah tidak akan terjadi. Tidak ada daya kekuatan hanya Allah ”

Friday, October 22, 2010

Sesuatu yang merumitkan saat - saat akhir


hari demi hari saling berganti, dah nak sampai jugak penghujung pengajian aku di POLIMAS tu,
tapi bukan la maksud aku dah habis belaja lagi,ni baru la semester 1, banyak lagi yang aku kena belaja at P0LIMAS tu,tapi..sebelum tu nak habis semester ni mesti la kena jawab final paper dulu, memang tak leh lepas la dengan rempuh halangan ni,nak tamaw belakang kira,yang pasti aku mesti kena buat betol2,memang dh tak lama lagi tinggal bpa hari,jam,min,saat ja lagi tuk sampai penentuan akhir aku 1.11 ni,dlm minggu(study week) yang terluang ini isyaAllah aku akan gunakan masa2 aku dengan sebaiknya untuk ulang kaji,ish.. cita punya panjangkan 0k lah thanks at sapa yang sudi baca semua ni,ok weh,aku harap sudi2 la doakan kejayaan aku k,kita sesama umat islamkn bersaudara,jadi xda salahnya kita doakan kejayaan sahabat2 kita kn termasuklah aku,hee..c: n akhir sekali “Hidup biaq lepak, result biaq gempak!” 

Sunday, October 10, 2010

detik - detik pemergian Rasulullah S.A.W.







Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.
Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,
“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur’an dan sunnahku.Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.
Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.
Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.
“Rasulullah akan meninggalkan kita semua,”keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.
Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup.
Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.
“Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
“Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
“Siapakah itu wahai anakku?”
“Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
“Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah,
Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan Kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.
Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.
“Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?”
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.
“Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “
Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?”
“Jangan khawatir, wahai Rasul Allah. Aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.”
Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?”
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.
“Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.
“Ummatii, ummatii, ummatiii?” – “Umatku, umatku, umatku”
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita…

Friday, September 10, 2010

selamat hari raya aidilfitri




secebis KASIH membuat kita SAYANG,
seucap JANJI membuat kita PERCAYA,
sekecil LUKA membuat kita KECEWA,
tapi sebuah KEMAAFAN terlebih MULIA.

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
Semoga Syawal ini menjadi lebih bermakna.


Wednesday, August 11, 2010

ramadhan al-MUBARAK


tiada nama seagong 'ALLAH',tiada kitab setanding 'AL-QURAN',tiada makhluk setegas 'MAKLAIKAT' tiada manusia sebijak 'MUHAMMAD',tiada hari seperti 'HARI KIAMAT' tiada bangunan seindah 'KAABAH',tiada senaman sebaik 'SOLAT',tiada bulan semulia 'RAMADHAN',tiada manisnya jika tidak mengucapkan 'SELAMAT BULAN RAMADHAN dan SELAMAT BERPUASA' kepada muslimin dan muslimat sekalian.

Saturday, August 7, 2010

Longicorn beetle



agak pelik,tapi memang macam ni lah rupa dia,ni lah white-striped longicorn beetle ,mempunyai dua kawasan mata yang besar dan mandibel tajam

Wednesday, July 14, 2010

struggle and experience during in POLIMAS until today.


At the beginning, there's nothing much that i can see and enjoy with my new journey in this campus.cause on this time the true colour of everybody not shown yet.and for me its too early to judge them..but for the time being.when the time goes on we become more close among each other.and our relationship in DKA 1C become more sparkling and enjoyable.various attitude that expose quite does not get more can be valued each people which still not yet know in my classmate.Day by day come mutually replace,and mutually recognize between one same different from that moment sparked relationship between us in DKA 1C.

BERMULALAH..joy moment in a class.




                                      
during survey..








Saturday, June 12, 2010

national service

Kem Plkn Lagenda Seri Negeri Langkawi Kedah Kump 2 Siri7/2010





tempat kem 'lagenda seri negeri ulu melaka langkawi,kedah'
memang bertuah kepada sesesiapa yang  dapat kem sebegitu,
kerana mempunyai infrastruktur yang mnarik,saya sebagai
pelatih di kem tersebut amat berasa bersyukur.^-^
dan saya ingin berkongsi sikit demi sedikit pengalaman
saya di kem tersebut.

pada mulanya,kem tersebut terdiri daripada 4 company kepada setiap pelatih
iaitu Alpha,Bravo,CHARLIE,Delta.,4 compony ini juga ada nama yang tersendiri.
nama - nama yang diwujud oleh pelatih - pelatih sendiri,
dan menjadi kebanggaan,kedaulatan,kesetian dan kerjasama bagi setiap pelatih untuk 
memperjuangkan kemenangan bagi setiap compony yang cemerlang,gemilang dan terbilang
sehingga tamat latihan di kem tersebut.Bagi nama setiap compony tersebut ialah
Alpha a.k.a. 'HELANG MERAH',Bravo a.k.a. 'ENIGMA KAYANGAN',charlie a.k.a. 'CHARMELEON'
dan akhir sekali delta a.k.a. 'ENGGANG'


ini lah panji2 bagi setiap compony



dari kanan:HELANG MERAH.ENIGMA KAYANGAN,CHARMELEON, dan ENGGANG

i
m
h
a
y
s
m
i
z
a